Saturday, May 9, 2009

WARKAH ISTIMEWA EDISI HARI IBU oleh FATIMAHWATI...

Assalamualaikum..



Saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada semua ibu-ibu yang berada di Malaysia.



Buat kakak-kakak tersayang iaitu Pn. Rohaya dan Pn. Faridah, SELAMAT HARI IBU. Adinda juga ingin mengucapkan terima kasih di atas segala bantuan dan pengorbanan kekanda selama ini. Tahniah dan syabas kerana telah berjaya mendidik anak-anak ke IPT. Tidak dilupakan kepada semua kakak dan adik ipar, SELAMAT HARI IBU.



Seterusnya, TAHNIAH kepada anak-anak saudara yang telah menjadi ibu. Mak TimaH mendoakan anakanda sekalian akan menjadi ibu yang penyayang, sabar dan dapat mendidik anak dengan baik..Amin.



InsyaAllah, Hari Keluarga TASU yang akan datang, kita wujudkan anugerah Ibu Mithali.. Camne setuju? Ade berani nak jadi tokoh...Haha c=



INGATAN ITU SATU KEBAHAGIAAN



Sekian, salam sayang dari saya,

FATIMAHWATI BT. TALIB

HARI INI DALAM SEJARAH

Kepada semua ahli keluarga TASU, hari ini 9hb Mei merupakan hari kelahiran Allahyarham Hj. Talib Sudi (atok). Beliau merupakan pengasas TASU.

Justeru itu, marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

AL-FATIHAH


LAPORAN HARI RAMAH MESRA KELUARGA TASU 07



















Hari Ramah Mesra Keluarga TASU telah diadakan pada tanggal 9 Jun 2007 bersamaan hari Sabtu. Hari Ramah Mesra ini diadakan di dua lokasi iaitu di rumah Serkam (rumah Pak Cu) dan di Air Tawar (rumah Pok Teh). Majlis ini berlangsung selama satu hari satu malam. Pada sebelah siangnya, majlis ini berlangsung di rumah Serkam, manakala pada sebelah malamnya majlis ini bertukar lokasi ke rumah Pok Teh.

Pada sebelah pagi sebelum majlis bermula, suasana rumah Serkam dibanjiri dengan kehadiran sanak-saudara yang datang dari jauh dan dekat. Keriuhan hilai tawa jelas menggambarkan kemesraan yang terjalin di antara ahli keluarga. Kepulangan Mak Idah sekeluarga dari perantauan begitu bermakna bagi kami semua setelah hampir dua tahun tidak bersua. Semua ahli keluarga yang dijemput telah pun hadir kecuali Pak Lang, Mak Lang, Makcik Senah sekeluarga kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Majlis bermula pada jam 12.00 tengah hari dengan bacaan Yasin dan tahlil yang diketuai oleh Mohd Syahir Bin Abd Gani di rumah Pak Cu. Suasana hening menyelubungi rumah tua itu. Majlis ini benar-benar membuatkan kami mengingati ahli-ahli keluarga yang telah dahulu pergi menghadap Ilahi selain mendekatkan jiwa kami kepada Pencipta Yang Maha Esa


Setelah selesai bacaan Yasin dan tahlil, majlis diteruskan lagi dengan jamuan makan tengah hari. Hidangan yang menjadi santapan kami pada hari itu ialah asam pedas ikan pari, asam pedas ikan tenggiri, sayur masak lemak, telur masin, sambal belacan, tempoyak dan beberapa jenis kuih-muih. Kesemua lauk ini ditempah kecuali sayur masak lemak, nasi dan air sahaja yang dibuat oleh ahli keluarga. Suasana gamat di rumah tua kian terasa dengan hilaian tawa dan suara nakal menyakat mesra dalam kalangan ahli keluarga. Begitu mesra suasana dirasa. Tua, muda, kecil, besar semua bergotong-royong dalam menjayakan Hari Ramah Mesra Keluarga TASU ini. Setelah selesai menjamu selera, ahli keluarga masing-masing sibuk mengemas. Ada yang mengemas di ruang tamu, ada yang mencuci pinggan di dapur dan ada yang sibuk membuat persiapan untuk majlis pada sebelah malamnya.

Untuk pengetahuan semua, majlis yang akan diadakan pada sebelah malam ini dirahsiakan dari pengetahuan Mak Idah sekeluarga. Kami ingin mengadakan kejutan untuk Mak Idah sekeluarga agar majlis ini menjadi lebih bermakna dan terpahat kukuh dalam ingatan kita semua. Mak Timah, Mak Uda, Mak Syimah, Along dan Diana bergegas pergi ke Tesco selepas solat Zohor untuk mencari hadiah untuk cabutan bertuah yang akan diadakan pada sebelah malam. Dalam perjalanan, kami mengira-ngira jumlah hadiah yang akan dibeli agar tidak melampaui budjet yang ditetapkan. Tapi inilah yang dikatakan rezeki datang bergolek. Semasa dalam perjalanan, Mak Uda mendapat panggilan telefon daripada Mak Idah. Dia bermurah hari memberi sumbangan sebanyak RM300. Hah, apa lagi seronoklah kami semua kerana budjet untuk hadiah makin bertambah.

Setelah berpuas hati dengan hadiah yang dicari, kami terus menghantarkan hadiah-hadiah tersebut ke rumah Pok Teh untuk dilekatkan nombor-nombor bertuah. Ha..yang ini tugas anak-anak dara Pok Teh untuk menguruskan. Suasana rumah Pok Teh ketika itu agak sibuk kerana masing-masing menjalamkan tugasan yang diberi untuk memastikan majlis pada sebelah malamnya berjalan dengan lancarnya. Para teruna menyiapkan tempat untuk membakar, tempat untuk tayangan dan tempat untuk makan. Wah..sungguh bersemangat mereka ni. Di samping mereka menjalankan tugas-tugas yang diberi, secara tidak langsung mereka telah membina sebuah hubungan yang lebih mesra di antara saudara. Maklumlah, selepas majlis ini masing-masing pulang ke destinasi masing-masing dan tidak dapat diramal bila untuk bertemu semula.

Akhirnya tibalah saat yang ditunggu-tunggu, setelah senja mula melabuhkan tirainya, kami semua berjemaah menunaikan solat Maghrib yang diimamkan oleh Pak Lang. Alangkah besarnya nikmatMu Tuhan, kami semua bersyukur kerana dapat menunaikan solat secara berjemaah. Setelah itu, sepupu-sepupu lelaki semuanya sibuk untuk membakar ayam, udang dan ikan. Sepupu-sepupu perempuan pula sibuk membuat kad cabutan dan menyediakan juadah di luar. Pengacara majlis pada malam itu ialah siapa lagi kalau bukan Mohd Syahir Bin Abd Gani.

Majlis bermula dengan ucapan Pak Long sebagai anak yang tua. Kemudian diikuti oleh Pak Ngah dan Pok Teh sebagai tuan rumah. Semua ahli keluarga tekun mendengar dan cuba memahami apa yang diperkata oleh mereka yang berucap. Sambil kami dijamu hidangan telinga, kami diedarkan dengan borang maklumat diri untuk dilengkapkan. Borang tersebut akan menjadi rekod ahli keluarga TASU yang semakin berkembang ini. Setelah itu, kami semua diminta menjamu selera. Juadah kami pada malam itu ialah nasi lemak, ikan bakar, udang bakar yang di sponsor oleh Pak Lek, ayam bakar, dadeh, dan yang paling istimewa sup gear box kegemaran Mak Idah. Semua ahli keluarga menikmati jamuan dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Semua ahli keluarga menikmati juadah sambil berbual mesra antara satu sama lain. Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita rapatkan, yang rapat kita mesra-mesrakan.

Setelah selesai sesi menjamu selera, kita beralih pula kepada sesi cabutan bertuah. Cabutan didahului dengan anak saudara lelaki, kemudian anak saudara perempuan, diikuti dengan ibu saudara dan akhir sekali bapa saudara. Ada yang bertuah dan ada juga yang kurang bernasib baik. Tetapi tidak mengapa mungkin rezekinya ada pada Hari Keluarga Ke-4 nanti. Cabutan bertuah itu sungguh menghiburkan ada yang dapat bantal, sabun, kopi tongkat ali, malah ada juga yang mendapat hadiah berbungkus. Paling seronok sekali ada hadiah top-up tu yang best tu RM30 pulak tu. Setelah selesai sesi cabutan bertuah sesi tayangan Abadi Dalam Ingatan pula dipersembahkan. Tayangan Power Point ini mendapat perhatian semua ahli keluarga dari kecil sehinggalah yang dewasa. Semoga tayangan ini dapat memberi kesan yang mendalam dalam jiwa semua ahli keluarga. Sebagai tanda ingatan, sekeping cakera padat yang berisi tayangan ini diedarkan kepada keluarga asas. Sekiranya rindu menggamit jiwa, bukalah cakera padat ini. Mudah-mudahan menjadi penawar yang mujarab. Majlis berakhir hampir jam 1.00 pagi. Semua ahli keluarga pulang ke destinasi yang dipilih sebagai tempat beradu…


Penyata Kewangan Hari Ramah Mesra TASU 2007

Sumbangan
1) Bank In RM 1300
2) Tunai di tangan RM 1850
Jumlah RM 3150

Perbelanjaan
Makan t/hari RM225
Hadiah RM600
Tahir RM400
Aziz RM 50
Runcit RM155
Kecemerlangan RM100
Sofiah maisara RM 50
Pasar RM 50
Jumlah RM1630

Nota:
Kata sepakat telah dicapai iaitu membelanjakan RM 170 untuk kerja-kerja penambahbaikkan tanah kubur ahli keluarga TASU sempena Ramadhan Al-Mubarak 2007.
Baki :
Sumbangan RM3150
- Perbelanjaan RM1630
- Tanah Kubur RM 170
- Buku bank RM 5
Jumlah (baki di bank) RM1345.

Disediakan oleh, Disemak oleh,
………………… …………….
(FATIMAHWATI BT TALIB) (FAUZIAH BT TALIB)
BENDAHARI TASU 2007 JURUODIT TASU 2007

Wednesday, May 6, 2009

4th tasu's generation

anak abg ed dan kak sarah



nama baby : luqman jabir
d.o.b : 27 feb 2009


gamba latest lpas cukur jambul =) hehe dah botak