Friday, March 20, 2009

Maksud tasu..

Tasu berasal daripada perkataan Talib Sudi..bermaksud Tabah Atas Semua Usaha..Lambang bumbung Rumah berkisi 13 Bermaksud beliau(Atok) mempunyai 13 orang anak..Warna biru melambangkan ketenangan,kedamaian,lembut & kesopanan..Logo ini di cipta oleh Atok sendiri.. Sumber maklumat drpd Pak Uteh & Mak Timah..Jika ada pembetulan ataupn penambahan maklumat sila email kpd sy ufiz di alamat:: bai_yamseng@yahoo.com.my

Wednesday, March 18, 2009

Dalam Kenangan





Dalam kita bergembira,
Tidak lupa yang tiada,
Doa dipanjat semoga bahagia,
Agar rohmu tenang sentiasa.



AL FATIHAH


Semoga rohmu bersama
orang-orang yang beriman...
Amin....

Masih segar dalam ingatan

TERUS ABADI SEJARAH ULUNG (TASU)

Masih segar dalam ingatan,
Manisnya waktu bersama,
Hilai tawamu penyeri suasana,
Tutur katamu penghibur setia,
Gerak gayamu menggamit rindu di jiwa,

Betapa indah hari yang berlalu,
Roda masa berputar laju,
Meninggalkan sejuta kenangan,
Yang tak mungkin daku lupakan,
Ku simpan kemas dalam lipatan memori,

Jasamu menjadi sanjungan,
Nasihatmu menjadi pedoman,
Impianmu kucuba kotakan,
Manjalankan kewajipan yang diamanahkan,
Selagi nyawa dikandung badan KATA DIKOTA,

Kini….
Walaupun kau telah pergi,
Meninggalkan daku sendiri,
Namun….
Semangatmu sentiasa berdiri,
Menjadi tugu peringatan hati,
Agar hidupku tidak sunyi lagi,
abadikan sejarah ulung di kamar hati,

Pemergianmu mendahului kami,
Ku abadikan secebis kenangan,
Agar menjadi gamitan memori,
Sekalung doa daku panjatkan,
Agar rohmu sentiasa dirahmati Ilahi,
Taman barzakhmu menjadi cemin Firdausi,


Walau sempadan dunia memisahkan kita,
Namun percayalah….
Dirimu sentiasa terpahat di ingatan,
Dirimu jua sentiasa terlukis indah di jiwa,
Menjadi potret sejarah,
Untuk ku abadikan selamanya.

Hasil nukilan ,
NASYA
(DIANA&SYAHIR)

Susur Galur Tasu


KELUARGA TALIB SUDI


Happy Birthay Pak Cu


Kami warga Tasu mengucapkan Selamat Hari Jadi yg ke 38 Pak Cu..Semoga panjang umur, murah rezeki & gembira selalu..

Monday, March 16, 2009

Projek Mega Pak Uteh


Membina reban ayam utk menternak ayam kampung..Raya tahun ni dpt la mkn rendang ayam kampung..Insyaallah.

Sunday, March 15, 2009

calon spm haikal & aten

tahniah diatas kejayayaaan anda berdua..haikal 8a,1b & aten 6a,6b..

mcm mane nk tulis comen ni??

PERCUBAAN MEMBINA BLOG KELUARGA TASU

BLOGGER :MOHD UFIZ MOHD TAHIR & ATIKAH MOHD TAHIR
Time kasih kasih diucapkan kpd insan2 yg terlibat secara langsung @ tidak langsung menjayakan blog ini..